Saturday, February 28, 2009

koncert alam

suara dia memang tak nafi aku suka
tiada cacat segi itu
hancur hati keseluruhannya
seperti main main
seperti tak betul betul
akhir kata tiada meninggalkan
kesan di hati sesudah habis
kecewa tiada hantu mustika
harus di beli

programme book

autograph di muka gambar pojaan aku

beg kertas luncai emas

Thursday, February 26, 2009

tak brape nak berkenan

playlist satu lagu sahaja

lambaian sukmaku
tanpa suara namun berbicara
aku dan kekasihku....


mak aiii lagi skali
apa yang best sangat ni
dari tadi lagi tak muak ke
taulah esok nak beronggeng
dah lebih 20 kali rasanya
nak termuntah dah
nak tertido pun ade
makin menyampah lagi kuat pulak
memang sengaja nak menjelekkan
bengang aje di sekeliling
sabo ajelah layan ajelah


i'm sorryyyyy

Wednesday, February 25, 2009

macet macet macet

macet total

ari ini ari tak sronok
ari ini ari tak best
ari ini dimulakan dengan macet
boring betul naik tension
fed up muak mual
kenapa ari rabu bole macet teruk?
mengalahkan ari senin yang slalu lebih macetnya
mungkin sebab hujan disubuh hari
jalan basah jalan licin
semua mengejar lalu tersasar
di radio tersebar banyak kejadian
ini yang menyebabkan macet
pengguna terlalu ramai sehingga tak tertanggung
tercuit sikit maka terganggu segala
dari 40 minit ke satu jam setengah
kematu berumah dalam kereta
nasib ada halwa yang sedap untuk telinga
melalaikan sehingga tak sedar dah kematu lebih satu jam
masa dah di buang begitu sahaja setiap hari
efficient ke? takkan begini sahaja ceritanya?
kadang terasa nak cuba alternatif lain
nak mengambil orang tua bagaimana pula
sabo ajela...

Monday, February 23, 2009

lame jadi baharu

ari komis

ari selasa

ari senin


mak dah taknak
mak dah tak muat tak padan almari
dah penuh dah takde ruang
nak buang lawa lagi masih cantik
sayang tapi dah tak boleh nak acu
sapa nak? sapa muat?
cuba try test tengok
enam menjadi milik baru aku
yang lame menjadi baru untuk aku
nampak baru dimata org lain
tak pernah lihat sebelumnya
pertama kali lihat diberi title baru la
hitam putih warna untuk aku hari ini
esok agaknya yang berbunga penuh
kain kapas memang selesa
esok nak ragakan yang itulah pulak
minat la pulak gemar la sangat
makin sempitla gerobok aku
terima kasih bonda tercinte

Wednesday, February 18, 2009

ashcooter

cuba mengambil gambar ketika memandu hanya ini yang terbaik

ashcooter
apa itu ashcooter?
ashkar naik scooter
apakah signifiken nya?
pandangan aku seperti ada sesuatu
sesuatu yang tak kena
serba lengkap uniformnya
naik scooter duduk tegak
tak kenalah di mata aku
nampak kelakar
seperti memakai baju hijau berseluar biru muda
seperti pakai kasut bola dengan baju kurung
seperti tudung bercorak harimau berwarna kuning dan
ber t-shirt sarawak berwarna purple
ya aku pernah melihat keadaan seperti itu
dan pada aku itu tidak kena
nampak kelakar
tapi ini pendapat personal aku
kalau mereka mereka sependapat dengan aku
pasti mereka tidak sebegitu

Tuesday, February 17, 2009

knapa dia begitu ani

knape dia sangat begitu
knape dia sangat ani
apa ada dalam pikiran dia
kalau tak menyusahkan tak mengapa
sekeliling dah terbabit dan marah
tak puas hati tak senang hati
semua aku dah tahu
memang dia begitu
memang dia begitu ani
memang dari dulu
memang dari dulu dia ani
geram betul aku geram
ikut hati nak aje aku mengamok
kenapa dia begitu ani???
bila pikir pikir ani pun tak begitu
tapi knapa dia begitu???
kalah ani
sakit betul hati aku ni
kalau orang tua tau pasti keciwa
sekali dua bole terima
sekali dua bole bagi peluang
sekali dua bole sabar
berulang kembali tiada malu
tiada perasaan tiada kesal
kalau tak kena orang lain aku takla melulu
aku yang malu aku yang terasa lebih
mau tak nama dah berbau
arrrrrrghhhhhh
apa pun mesti nak selesaikan ia

ani pun ani la..... aku sayang jugak

Monday, February 16, 2009

anak dare

marah bila tidak ada cerita mengenainya
tak puas hati tak tersentuh kesahnya
nak cerita apa tentang anak dara ni?
malu bila orang tahu dia dah anak dara
tak selesa rasa dia bila ada yang tegur
sekarang dah ok sekarang dah selesa
sekarang dah boleh ditanya
malah suka digelar anak dara
bangga menjadi anak dara
gembira ke alam anak dara
tingkah laku perwatakan dah lain
cara berfikir cara berhias pun dah lain
dah besar, dah anak daralah katakan
anak dara o anak dara