Tuesday, June 23, 2009

makhluk yang itu


seorang ini sangat sombong cakap tak pernah jatuh. tingkah laku sangat meninggi diri tak boleh kalah. kita yang lihat kita yang malu, dia rasa dia paling hebat. percakapan tiada pernah yang elok elok, sentiasa memaki dan memuji diri dan menyakitkan hati orang yang mendengarnya. menipu sana sini seperti dunia dia yang control. lupa sudah keadaan daifnya dahulu masa. merangkak merayu menjilat kaki meminta minta. lagaknya kini seperti tiada pernah hidup di bawah. segala yang haram dihalalkan tanpa rasa berdosa. astaghfirullah menakutkan. pernah dengar ustaz berceramah menceritakan makhluknya seperti ini diberi apa yang dikehendaki mereka, kesenangan kekayaan dan kemewahan walaupun mereka ini tidak bersyukur malah telah kabur. tujuanNya untuk membinasakan mereka. membiarkan mereka hanyut jauh dan tidak akan sedar pabila mereka ditenggelamkan kelak. masyaallah subhanallah saya takut. takut menjadi golongan ini. lindungilah hati saya dan keluarga ya Allah.

Monday, June 22, 2009

gembira tapi tidak boleh terlalu

ketika berbicara dengan saya via phone dan sebagai hadiah dia berikan saya rantai yang dipakai itu.

ketika sempat berbicara awal pagi tadi jam 2.40 pagi.

yang menjadi pojaan : hi erin!
yang tergila gila dia : hi yuke!
yang menjadi pojaan : where are you now?
yang tergila gila dia : am at home.
yang menjadi pojaan : hey it's saturday night, what are you doing at home?
yang tergila gila dia : nothing.
yang menjadi pojaan : i know you like bassist. so do you like adam?
yang tergila gila dia : adam? who is adam?
yang menjadi pojaan : sheila on 7's bassist.
yang tergila gila dia : hmmm i don't listen to sheila on 7 and i don't like them.
yang menjadi pojaan : hahaha do you like dewa's bassist?
yang tergila gila dia : oooo that one i love!!
yang menjadi pojaan : so meaning you love me?
yang tergila gila dia : o yess i love you so much!!!
yang menjadi pojaan : hahahaha

dan panjang lagi perbicaraan saya dengan pojaan hati saya ini.......
tidak boleh saya lupa.

Saturday, June 13, 2009

sakan jadi geram

cuti sekolah kali ini sangat meriah
cuti sekolah kali ini sangat sibuk
cuti sekolah kali ini padat jadual
cuti sekolah kali ini ada saja agenda
sehinggakan ke pejabat pun liat
mengalahkan orang ada anak yang bersekolah

pelbagai agenda di musim ini kali ini
semuanya agenda kekeluargaan
berkumpul bermesra sesama saudara
saat paling bahagia tiada lawannya
pada saya keluargalah yang bertahta

agenda tidak di rancang awal selalunya
semuanya main terjah terjah sahaja
setiap kali main terjah
setiap kali itulah agenda menjadi
yang lebih menarik dan mengembirakan
persiapannya tidak kurang akan sakannya
sakan tetap sakan
ke tahap maximum tiap kali diadakan

apa yang geram kalau sakan?
tiap detik sakan telah diabadikan
abadi dalam kamera yang canggih
kamera sangat profesional
baru dapat tahu setiap detik sudah tiada
sudah tiada untuk dikongsi
geram bila dapat tahu semuanya terdelete

geram tak?

sakan jugak geram ni rasanya....

Saturday, June 06, 2009

sangat letih

saya letih dengan hari hari saya
dapat merasakan sangat disitu sahaja
tiada maju setapak atau dua tapak
memang gerak sifar
ini sudah berlarutan terlalu lama
bermakna kesedaran untuk berubah perlu ada
berubah semua segi semua aspek
semua untuk maju setapak itu
rakan sekeliling telah maju
maju bertapak tapak
terasa diri ketinggalan di belakang
jauh kebelakang
kebiasaan tidak minat untuk
menjadi yang tercorot
entah kenapa saya menjadi yang
paling corot
banyak pula membebel mulut ini
saya letihla sangat letih

pangsun

apa yang penting??
K.E.R.J.A.S.A.M.A

Monday, June 01, 2009

penat tapi sedap


saya balik kampung di kuantan kerana menghadiri majlis perkahwinan duapupu saya. ke majlisnya sekejap sahaja. lepas perut diisi, salam salam, jenguk pengantin terus pulang. pulang ke rumah bapa saudara yang rumahnya berhampiran dengan rumah yang bermajlis tadi. beramai ramai berehat dan berborak di rumah bapa saudara. dari zohor ke asar. dari asar ke maghrib. dari maghrib ke isya'. minum petang dijamu dengan kuih muih yang menarik sehingga makan malam yang dibeli di pasar malam berhampiran. beraneka macamlah dihidangkan di atas meja. berwarna warni. sedap juga. lama tak menjamah makanan pasar malam ni. berbincang agenda dan menu untuk acara keesokannya. acara yang dipersetujui ramai dan yang sudah lama tidak diadakan iaitu berkelah di pantai. pengagihan kerja dan tugasan untuk memudahkan perjalanan acara. menu yang dibincangkan ialah : 1. bbq ayam kambing jagung - makteh dan kluarga 2. nasi lemak sambal sotong - maknjang dan kluarga 3. sandwich telur dan sardine dan buah dan air - saya dan kluarga 4. puding castard dan meehon goreng dan air - chu mona

perut kenyang, segalanya sudah diceritakan dan dibincangkan langsung kami pulang ke rumah nenek di tanjung api dan bermalam disana. lebih kurang jam 1 lebeh, mak saudara saya yang saya panggil chik sampai ke rumah nenek. chik sekeluarga dari melaka. esok paginya selepas solat subuh, kami beramai ramai terus ke dapur untuk menyediakan apa yang telah ditugaskan.

jam 8 lebeh kami bertolak ke tempat perkelahan - di pantai anak air, tanjung lumpur. kali pertama ke sana. tempatnya sangat sesuai bak private beach. sronok sakan. lepas makan terjun ke air, lepas bermain air, makan. lepas makan terjun ke air lagi. tiga kali terjun ke air. yang lagi menariknya tempat itu, tempat orang berpukat. saya dan sepupu sepupu saya ambil peluang berpukat ikan beramai ramai. seronok habis!!

rancangan untuk pulang jam 2 petang tidak menjadi apabila kami pulang lewat petang jam 6. selepas isya' baru kami bertolak pulang ke kuala lumpur. esok hari isnin pergi pejabat badan sangat penat.... tapi sedap!!!