Monday, January 18, 2010

tawun dweploh spuloh

tawun baru. another year wiser - sepatutnya. (am i?)
bila ingat ingat kembali, last 3 years ni saya tiada bnyak berubah. begitulah saya dulu dan begitulah saya kini. seperti tiada gerak seinci. dah dwopluh spuloh ni takkan nak seperti 3 tawun dulu jugak lagi kan. hmmmm nak pasang azam? tak perlulah rasanya. azam tingal azam aje rasanya. saya sangat tak berdisiplin orangnya. bagimana nak tetapkan hati, kuatkan smangat dan tidak mudah putus asa? 3 perkara ini saya ingin fokuskan untuk menjadi lebih baik di tawun dweploh spuloh ni.

Tuesday, November 17, 2009

petani alam maya


menjadi gilaan satu dunia yang mempunyai akaun facebook. permainan farming alaf baru yang ada di dalam fb telah menambat hati penggunanya. pagi petang sana sini itu saja ceritanya. cerita fb juga cerita farmville. farmville permainan bercucuk tanam dan menternak. mengumpul coin untuk membeli perabot ladang dan membeli rumah dan gudang. bukan setakat itu, pengguna boleh mendeco deco deco ladang mereka mengikut citarasa dan kreativity masing masing. baru tadi saya dengar cerita seorang isteri telah membebel sang suami kerana tanamannya telah mati sebelum sempat dituai. macam macam hal. ada juga yang minta akaunnya dibuka kawan, mintak tolong tuaikan tanaman. takut tak sempat, takut mati, rugi! yang paling saya tak boleh terima akal ada jugak kenalan saya yang sanggup gunakan kartu kreditnya untuk menambah duit dan voucer untuk membeli dan mengayakan ladang mereka. sedih kalau difikirkan. ada jugak manusia sebegitu ye. apa yang mereka fikirkan? apa lagi pulangan yang mereka dapat selain dari kepuasan untuk menunjuk nunjuk? mungkin itu yang mereka mau. sabar ajelah.

Saturday, November 14, 2009

keluar duwit makan angin

sekian lama senyap seperti kehilangan jari jemari untuk menaip di blog ini. senyap bukan jari dah putus. senyap kerna tiada jasadnya di sini. jasad terbang ke tempat lain. tempat yang sangat berbeza. tempat yang jamnya lambat dari sini 8 pusingan. perancangan dibuat lama dulu dan kini menjadi kenyataan sudah. hari yang ditunggu tunggu hari ini telah berlalu. ish tak puaslah. ingin saja dilanjutkan lagi, tapi apa kan daya saya tiada berdaya. saya tiada mahu bercerita akan tempat itu. saya mahu ceritakan akan manusia di zaman hujung senja yang saya jumpa dan kenal semasa terbang ke tempat lain baru baru ini. bertemu saya dengan sekeluarga orang kita yang sangat peramah di tempat lain ini. memang tak kenal dan tak pernah tahu akan wujudnya keluarga ini. kesungguhan mereka mengajak kami untuk makan malam dirumahnya hari itu membuatkan hati saya tersentuh. keikhlasan mereka suami isteri teserlah dalam cara mereka melayan kami. terasa seperti keluarga. sangat boleh dipuji. dalam hati berkata - alhamdulillah masih ada insan pemurah lagi ikhlas sebegini. semoga hidup mereka diberkati. sangat 180 darjah pusingan akan perihal seorang yang seperti adikbradik selama ini. ditipunya kami sekeluarga di tempat jauh sana dengan janji kosong beliau. tiada menyangka dalam ramai ramai, dia yang sanggup begitukan kami. sangat kecewa dengan sikap dia, sangat sangat kecewa. kami satu keluarga begitu kecewa dan terkejut akan sikapnya. memang tiada sangka. inilah manusia akhir zaman. semoga dia diberi hidayah amiin. 

Wednesday, October 21, 2009

t.h.e.s.p.o.o.p.s


kuch kuch hota hai

saya bukan;ah peminat yang die hard seperti orang lain (kawan kawan saya). tapi baru baru ini terasa sekali untuk menonton filem yang pernah top satu ketika dulu. di mana mana orang menyebut akan filem ini. bahkan kakak saya ketika itu di us bercerita betapa hebatnye marketing filem itu disana. hebat betul mereka ini. bole tabik springla.
di office tadi berborak dengan rakan sepejabat (hindi movie die hard fan). satu filem ke satu filem dikirainya. oh saya sering diketawakan kerana kebodohan untuk menghafal nama nama hero dan heroin filem hindi. bukan itu saja, nama filem pun saya gagal menghafalnya. bagi saya tak penting maka saya tak amik kesah. untuk menonton filem mentioned sekali lagi, saya telah membeli vcd di speedy video di alamanda. ulang sekalai lagi saya bukan die hard fan hindi film. harap maklum!

duatigahari

duatigahari ini saya begitu emosional. emosional dengan diri sendiri. rutin harian dibereskan seperti hari biasa dan lebihan masa hanya melayan emosi diri saya.

emosi - asal perkataan daripada perkataan Greek 'emovere', bermaksud 'untuk keluar'. Maka, emosi ditonjolkan sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.
*selingan*

saya terasa ingin mewarna gambar. saya telah membeli pensel warna dan juga magic ink untuk saya mewarnakan gambar yang telah saya print outkan daripada internet. jika ada yang pandai membaca dari hasil coulouring saya sudah pasti dia tahu apa sebenarnya yang saya rasa dan fikir ketika itu (ini). itu cerita semalam. hari ini tiada beza juga, mewarna menjadi terapi minda untuk menenangkan apa yg bilau didalamnya sekian lama - tiada solusi ketika ini.

nul

sama seperti hati saya. terasa nul. terasa sangat nul. saya menjaga apa yang wajib, menepis segala hasutan supaya tidak terasa nul. tapi masih rasa nul. top list saya ada disekeliling saya setiap masa tetapi nul masuh terasa. kenapa? yang dekat saya semuanya kelihatan ria dengan fasa sentiasa baru dan berubah. semuanya nampak begitu pantas. saya ingin begitu juga. saya juga ingin merasa tiada nul dihati ini. bagaimana ye?