Saturday, November 14, 2009

keluar duwit makan angin

sekian lama senyap seperti kehilangan jari jemari untuk menaip di blog ini. senyap bukan jari dah putus. senyap kerna tiada jasadnya di sini. jasad terbang ke tempat lain. tempat yang sangat berbeza. tempat yang jamnya lambat dari sini 8 pusingan. perancangan dibuat lama dulu dan kini menjadi kenyataan sudah. hari yang ditunggu tunggu hari ini telah berlalu. ish tak puaslah. ingin saja dilanjutkan lagi, tapi apa kan daya saya tiada berdaya. saya tiada mahu bercerita akan tempat itu. saya mahu ceritakan akan manusia di zaman hujung senja yang saya jumpa dan kenal semasa terbang ke tempat lain baru baru ini. bertemu saya dengan sekeluarga orang kita yang sangat peramah di tempat lain ini. memang tak kenal dan tak pernah tahu akan wujudnya keluarga ini. kesungguhan mereka mengajak kami untuk makan malam dirumahnya hari itu membuatkan hati saya tersentuh. keikhlasan mereka suami isteri teserlah dalam cara mereka melayan kami. terasa seperti keluarga. sangat boleh dipuji. dalam hati berkata - alhamdulillah masih ada insan pemurah lagi ikhlas sebegini. semoga hidup mereka diberkati. sangat 180 darjah pusingan akan perihal seorang yang seperti adikbradik selama ini. ditipunya kami sekeluarga di tempat jauh sana dengan janji kosong beliau. tiada menyangka dalam ramai ramai, dia yang sanggup begitukan kami. sangat kecewa dengan sikap dia, sangat sangat kecewa. kami satu keluarga begitu kecewa dan terkejut akan sikapnya. memang tiada sangka. inilah manusia akhir zaman. semoga dia diberi hidayah amiin. 

1 kritikan:

nomi said...

Salam buat kakakku..!
ngapa an jadi begitu..?
sangat berengset 'seperti adikbradik' itu ya..!