Saturday, February 28, 2009

koncert alam

suara dia memang tak nafi aku suka
tiada cacat segi itu
hancur hati keseluruhannya
seperti main main
seperti tak betul betul
akhir kata tiada meninggalkan
kesan di hati sesudah habis
kecewa tiada hantu mustika
harus di beli

programme book

autograph di muka gambar pojaan aku

beg kertas luncai emas

Thursday, February 26, 2009

tak brape nak berkenan

playlist satu lagu sahaja

lambaian sukmaku
tanpa suara namun berbicara
aku dan kekasihku....


mak aiii lagi skali
apa yang best sangat ni
dari tadi lagi tak muak ke
taulah esok nak beronggeng
dah lebih 20 kali rasanya
nak termuntah dah
nak tertido pun ade
makin menyampah lagi kuat pulak
memang sengaja nak menjelekkan
bengang aje di sekeliling
sabo ajelah layan ajelah


i'm sorryyyyy

Wednesday, February 25, 2009

macet macet macet

macet total

ari ini ari tak sronok
ari ini ari tak best
ari ini dimulakan dengan macet
boring betul naik tension
fed up muak mual
kenapa ari rabu bole macet teruk?
mengalahkan ari senin yang slalu lebih macetnya
mungkin sebab hujan disubuh hari
jalan basah jalan licin
semua mengejar lalu tersasar
di radio tersebar banyak kejadian
ini yang menyebabkan macet
pengguna terlalu ramai sehingga tak tertanggung
tercuit sikit maka terganggu segala
dari 40 minit ke satu jam setengah
kematu berumah dalam kereta
nasib ada halwa yang sedap untuk telinga
melalaikan sehingga tak sedar dah kematu lebih satu jam
masa dah di buang begitu sahaja setiap hari
efficient ke? takkan begini sahaja ceritanya?
kadang terasa nak cuba alternatif lain
nak mengambil orang tua bagaimana pula
sabo ajela...

Monday, February 23, 2009

lame jadi baharu

ari komis

ari selasa

ari senin


mak dah taknak
mak dah tak muat tak padan almari
dah penuh dah takde ruang
nak buang lawa lagi masih cantik
sayang tapi dah tak boleh nak acu
sapa nak? sapa muat?
cuba try test tengok
enam menjadi milik baru aku
yang lame menjadi baru untuk aku
nampak baru dimata org lain
tak pernah lihat sebelumnya
pertama kali lihat diberi title baru la
hitam putih warna untuk aku hari ini
esok agaknya yang berbunga penuh
kain kapas memang selesa
esok nak ragakan yang itulah pulak
minat la pulak gemar la sangat
makin sempitla gerobok aku
terima kasih bonda tercinte

Wednesday, February 18, 2009

ashcooter

cuba mengambil gambar ketika memandu hanya ini yang terbaik

ashcooter
apa itu ashcooter?
ashkar naik scooter
apakah signifiken nya?
pandangan aku seperti ada sesuatu
sesuatu yang tak kena
serba lengkap uniformnya
naik scooter duduk tegak
tak kenalah di mata aku
nampak kelakar
seperti memakai baju hijau berseluar biru muda
seperti pakai kasut bola dengan baju kurung
seperti tudung bercorak harimau berwarna kuning dan
ber t-shirt sarawak berwarna purple
ya aku pernah melihat keadaan seperti itu
dan pada aku itu tidak kena
nampak kelakar
tapi ini pendapat personal aku
kalau mereka mereka sependapat dengan aku
pasti mereka tidak sebegitu

Tuesday, February 17, 2009

knapa dia begitu ani

knape dia sangat begitu
knape dia sangat ani
apa ada dalam pikiran dia
kalau tak menyusahkan tak mengapa
sekeliling dah terbabit dan marah
tak puas hati tak senang hati
semua aku dah tahu
memang dia begitu
memang dia begitu ani
memang dari dulu
memang dari dulu dia ani
geram betul aku geram
ikut hati nak aje aku mengamok
kenapa dia begitu ani???
bila pikir pikir ani pun tak begitu
tapi knapa dia begitu???
kalah ani
sakit betul hati aku ni
kalau orang tua tau pasti keciwa
sekali dua bole terima
sekali dua bole bagi peluang
sekali dua bole sabar
berulang kembali tiada malu
tiada perasaan tiada kesal
kalau tak kena orang lain aku takla melulu
aku yang malu aku yang terasa lebih
mau tak nama dah berbau
arrrrrrghhhhhh
apa pun mesti nak selesaikan ia

ani pun ani la..... aku sayang jugak

Monday, February 16, 2009

anak dare

marah bila tidak ada cerita mengenainya
tak puas hati tak tersentuh kesahnya
nak cerita apa tentang anak dara ni?
malu bila orang tahu dia dah anak dara
tak selesa rasa dia bila ada yang tegur
sekarang dah ok sekarang dah selesa
sekarang dah boleh ditanya
malah suka digelar anak dara
bangga menjadi anak dara
gembira ke alam anak dara
tingkah laku perwatakan dah lain
cara berfikir cara berhias pun dah lain
dah besar, dah anak daralah katakan
anak dara o anak dara

Sunday, February 15, 2009

balada seorang teman

"inilah lagu kau pinta dulu balada seorang teman yang berbekal dengan satu tekad mencari jalan pulang kesah gejolak jiwa dan badan tersirat dan suratan coba mengahapuskan kesakitan merintih meraung pinta keadilan atas nama sebuah cinta maknawi lagu nama perjalanan sepi bahu kanan dan kirinya adalah teman akrab memikul beban asmara birahi tiada kehabisannya tubuh manusia ini kekadang lupa dia manusia sebutir pasir sebuah pantai batu bata dari sebuah kota cerminlah cerminkanlah kejadian ini didalam sebuah panggung sandiwara rasa hey musuh berikan namamu sebenar ayuh tunjukanlah wajahmu ayuh bentangkanlah permainanmu hey hidup kau humbankan ku dipenjara ini apakah bentuk iman sipasiku merupakan sebuah pusara tak cukup kau hamparkan beban kenikmatan ini padamu sedang kau tahu tahap mana ketahanan ku itulah yg kau mau dari jiwa ini apalah pasir yg menjadi kaca kaca menjadi cangkir apalah tangan yg membentuk cangkir apalah mulut yg meminum air aku nantikan hujan mawar dan tak ingin lagi kehilangan turunlah hujan mawar basahkan bumi saharaku biarku bermandi seribu warna pelangi biarku hapus rindu dalam pelukan cinta maknawi inilah lagu kau pinta dulu balada seorang teman yang berbekal dgn satu tekad mencari jalan pulang kesah gejolak jiwa dan badan tersirat dan suratan coba mengahpuskan kesakitan meraung meminta suaranya kedengaran hey rindu apalah penghujungmu?"maksud dalam teramat dalam. berpikir aku suka berpikir. berpikir maksud dan tajuk untuk penuhkan masa dan hari. terasa sungguh bermakna dari mula hingga akhir hingga tersentuh kehidupan ini.

Thursday, February 12, 2009

menerobos gelap


ku ikrarkan hati untuk maju
melangkah pergi
menerobos dinding dinding gelap ini
tak ku pertanyakan lagi seperti itu
pernah ku terjebak tanpa satu teman menemaniku
ketika aku tenggelam dalam kesunyian ini
ku coba mendamaikan hatiku
sepatutnya aku mampu melaluinya
menjejakkan kaki ku meretaskan jiwa
melangkahkan kaki ku menuju cahaya
tegaskan diriku untuk melewatkan hari
dengan keyakinan hati kumiliki
biar aku ikhlaskan peluhku basahi jiwaku
sirami hati ku
aku akan tetap terus melangkah

Wednesday, February 11, 2009

gumbira bersibok

persiapan untuk majlis selepas majlis itu
siboknya lebih, siboknya benar
walau tangan dan kaki tak bergerak
kepala berpikir dan terus membayang
segalanya mahukan sesempurna habis mungkin
jawatan dijawat tugas dipikul digalas
bersama sama sebagai kumpulan
gotong royong bekerjasama saling membantu
credit diberi secara jemaah
(pinjam word nawwa farro)
bincang tak habis habis bincang
seperti tiada habisnya
seperti terlalu banyak nak disiapkan
akal tak habis habis akal
seperti tiada batasnya
seperti terlalu keterujaan
setiap seorang berasa ingin menyerta
ingin berkongsi rasa riang gumbira
meraikan darah daging keturunan
meraikan saudara kaum keluarga

Tuesday, February 10, 2009

coba

"coba kau dengar coba kau coba diam bila ku coba untuk berbicara dengan kamu pernahkah kau ada bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati dan bila kau bersuara setia ku mendengar agar tenang kau merasa siapa sebenarnya aku padamu mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu dan bila tiada lagi teman bermain kau pulang mendapatkan aku itulah aku padamu coba kau lihat coba kau coba renung ke mata aku bila ku kaku melihat mu pernahkah kau ada bila ku perlu tuk menyatakan rasa pedih dalam diri dan bila kau perlu setia ku menunggu agar senang kau merasa maafkan kerana aku tak pernah terlintas tuk menulis pada mu salahkan ku tak mungkin lagi aku meminta untuk kau mendengar untuk kau melihat ke mata ku"
...simply love the song & lyrics


dari dia untuk aku

Monday, February 09, 2009

cinta teragong


agong pabila bersatu
berkata begitu kirana mereka bersatu
agong pabila cinta berbukti
berkata begitu kirana mereka punya bukti
agong pabila rela berkorban
berkata begitu kirana mereka sanggup berkorban
semuanya segalanya tiada berkira
jarak mereka kurang lebih 365 kilometer dahulunya
jarak mereka beribu batu satu ketika itu
perhubungan semakin utuh semakin teguh
tak pernah goyah hanya jujur
berbisik ditelinga setiap hari
kartu telifon seperti di kedai kedai
rasa cinta dikirim pos hari hari
aerogram berkeping keping
pelik, apa lagi yang diperkatakan?
pelik, tak jemukah mereka?
bersatunya mereka semuanya kerja Dia
halangan dugaan kesakitan dilalui
tabah gagah tak main main
jika dikataNya jadi maka jadilah ia
cinta agong dilayari mereka sekian
semalam hari ini esok dan mendatang
dikongsi bersama lagi 5 bukti cinta
bukti keberkatan perhubungan mereka
hebat critera mereka agong cinta beliau
tidak pernah berjarak dekat alasan keutuhan cinta?
sampai saat mereka mereka bersatu

Friday, February 06, 2009

pelik bin ajaib

kenapa dia begitu?
pelik sangat rupa keadaanya
tiada sama dengan yang biasa yang selesa
selesakah kita dengan yang biasa?
kalau berbeda dianggap pelik ajaib
segalanya mendatar boring pudar
tiada bermaya tiada berseri tiada ria
maka bukan pelik bukan ajaib lagi?
hidup dalam kepuraan hipokrit
takut pada kebenaran juga kepahitan
tak macho tak hebat tak pintar tindakan
serong mata memandang seolah lurus tingkahnya
kenapa dia begitu?

ketahanan kebisingan


ketahanan kebisingan?
bagaimana mengukurnya?
brapa kuat ketahanan kita?
kebisingan yang bagimanakah tertahannya manusia?
kebisingan yang menjengkelkan walaupun sedikit tetap tidak tertahan
kegemaran berbising tiada pedulikan sekeliling
bangga pada diri sendiri ataupun terpaksa demikian?
kebisingan yang disukai dipujai selalunya melalaikan
bising adalah pencemaran adalah tidak sihat
bagaimana kalau perlukan bising untuk menemani?
ahh bisingla!

Thursday, February 05, 2009

semakin nyata

"rasanya semakin jelas ingatan yang pernah terkikis dek zaman masa bersanding berduaan dalam mimpi bagaikan nyata dan semakin nyata harummu sayang kuingin menatapi wajahmu sayang bilaku pakai baju hadiahmu hilanglah dingin malam ini seakan terpatri menjadi tubuhku dan cintaku abadi hanya untukmu dan juga kudiberi pilihan sayang antara seluruh harta dunia dan engkau sayang sedikit pun tak berganjak sayang kau tetap kau tetap pilihan sayang ".... terasa bagai awangan seperti berkasih dialam air terjun burung berkicauan dunia aku yang punya





rindu akan itu

beg murah rejeki


rejeki
yang kita selalu harapkan untuk penghidupan yang lebih baik
yang kita selalu tunggukan untuk hari hari yang lebih selesa
yang kita selalu inginkan untuk kesenangan tanggungan
yang kita selalu doakan untuk perjalanan sisa hidup yang lebih afdha
yang kita selalu bazirkan untuk memenuhi kehendak nafsu serakah
yang kita selalu irikan untuk lebih maju dan kehadapan
yang kita selalu tadahkan untuk tidak membuang keredhaanNya
yang kita selalu tidak gemar menolak dan berpaling... untuk apa???
yang baik dan menyukakan ditajukkan rejeki.
yang sebaliknya dan menjengkelkan tidak ditajukkan rejeki.
adakah kita benar benar tahu apa yang baik itu baik untuk kita?
adakah kita benar benar tahu apa yang tidak baik itu tidak baik untuk kita?
adakah kita benar dalam memberi tajuk itu?
rejekikah beg murah rejeki ini?

Wednesday, February 04, 2009

nok ghetek iyye

erin_ajiz (2/4/2009 10:12:52 PM): kwan
erin_ajiz (2/4/2009 10:12:59 PM): aku ada buat blog....
erin_ajiz (2/4/2009 10:13:07 PM): jenguk2la blog aku
erin_ajiz (2/4/2009 10:13:26 PM):
http://ajizerin.blogspot.com
erin_ajiz (2/4/2009 10:13:28 PM): hihiihi
khairuan (2/4/2009 10:13:33 PM): wah..bukan main
khairuan (2/4/2009 10:13:57 PM): aku pun ade blog jugak dah 1 tahun aku tulis
erin_ajiz (2/4/2009 10:13:58 PM): abistu igt nak ikut gi indon... kene tinggal takde yg ajak
erin_ajiz (2/4/2009 10:14:03 PM): so aku duk umah buat blog
erin_ajiz (2/4/2009 10:14:08 PM): o ye???
erin_ajiz (2/4/2009 10:14:11 PM): bak sini add
khairuan (2/4/2009 10:14:33 PM): aku kan reveal kan bila umur aku 40
khairuan (2/4/2009 10:14:33 PM): hehe
erin_ajiz (2/4/2009 10:14:44 PM): lambat lagi
khairuan (2/4/2009 10:14:45 PM): tunggu umur aku 40 thn
khairuan (2/4/2009 10:14:45 PM): baru thrill
erin_ajiz (2/4/2009 10:14:54 PM): kalau tak sempat???
khairuan (2/4/2009 10:15:45 PM): sempat nye
erin_ajiz (2/4/2009 10:16:22 PM): hmmm ye la (dalam hati - sebenarnye kwan takde blog.... dia saja kata ade sbb taknak kalah dgn aku)
erin_ajiz (2/4/2009 10:16:24 PM): hahhahahahhahahah
khairuan (2/4/2009 10:16:55 PM): hahahahaha
erin_ajiz (2/4/2009 10:17:20 PM): gelak tanda setuju la tu dgn statement hati aku tu
khairuan (2/4/2009 10:17:38 PM): kau tungguuu..
khairuan (2/4/2009 10:17:49 PM): aku start writing 18 oct 2007
erin_ajiz (2/4/2009 10:18:24 PM): yea yea yea (dalam hati ---- buat buat percaya je.... nanti terasa pulak kwan tu)
erin_ajiz (2/4/2009 10:18:27 PM): hihihihihihihihi
khairuan (2/4/2009 10:19:15 PM): la la la la la la

tiada duwa

tak pernah pun dengar nama tempat ni skiranya aku tak berpeluang untuk merantau kesana. almaklumla aku tak banyak berjalan dan merantau seperti orang orang lain yang beruntung.
first day kesana tiada perasaan berkaitan tempat malahan keterujaan bertemu kawan kawan.
nasib baik ada malaysian language academy. perkenalan persahabatan terjalin disana dahulu.
maka tiada masalah langsung setibanya di tempat baru yang begitu asing lagi jauh dari kesibukan bandar bandar yang hingar dengan aktivitas harian.

lecture theatre, checked; library, checked; cafeteria, checked; dewan, checked; koperasi, checked; public telefon (ketika handfon masih terletak dibawah kategori barangan mewah), checked; clinic, checked; computer room, checked; hostel, checked!!

katil dipilih, cadar dipasang kemas, barang barang disusun rapi, disusun didalam almari. yes almari itu. masih aku ingat. ada 2 fungsi. tarik aje papan ditengah tengah bahagian almari itu, nah telah menjadi meja belajar. (sangat gemar akan almari dua dalam satu ini).

cafeteria sangat berdekatan dengan bilik aku, malahan boleh jenguk aje ikut tingkap. setiap kali mulai masak, menumis; boleh tau apa menu dihari itu. yumm yumm paling suka bila ada lauk sardine. yess yess sardine sambal itulah favourite aku.

aktivitas2 yang sihat yang mengeluarkan peluh sentiasa memenuhi masa lapang. boleh dikatakan fit jugakla keadaan fisikalku dizaman itu. tenis, squash, berkayak, berbasikal, bertreasure hunt. infact nak kemana mana mesti berjalan kaki. tapi setiap kegiatan dilakukan dengan seronok dan rela hati. tiada rasa terpaksa dan tertekan.

masih ingat bas mogah jika mau ke sungkai, bidor, slim river ataupun tanjung malim. tempat dating yang paling famous adalah bidor sebab ada kfc. sungkai n slim river bandar koboi aje. tg malim untuk naik bas ke kuala lumpur. yes! tempat dating yang canggih ialah kuala lumpur.

masih ingat bila pulang dari kuala lumpur, bas express ke teluk intan menjadi pilihan. pemandu bas pun dah tau untuk turunkan kami di tepi highway. merentas ladang kelapa sawit untuk sampai ke campus. yes ke pagar kecil di tengah. (pagar kecil yang slalu digunakan untuk keluar jika berjalan kaki). jika tiba lambat dan pagar itu telah dikunci, terpaksalah kami panjat tak kira lelaki perempuan. lucu lucu...

seberang jalan pagar kecil itu ada sebuah kedai makan yang agak pelik. tapi kami tiada pilihan kerana itulah kedai makan yang paling hampir sekiranya muak untuk bersantai di cafeteria campus. oh ya tuan kedai itu bernama so'od. apa kabar beliau tika ini i wonder???

kejadian kejadian yang terjadi semasa disana, yang suka yang duka semuanya masih utuh dalam ingatan aku. semanis berdating dengan kekasih hinggalah sepahit pemergian teman rapat. terima kasih kepada bukumuka yang gila masyhur diseluruh dunia, dapat berhubung dengan sahabat sahabat yang berkongsi susah senang di kampus yang tiada lagi wujudnya iaitu kolej yayasan pelajaran mara trolak perak.

seperginya aku ke penang taun 2008, sempat juga singgah bekas kampusku ini. telipon bimbit berkameraku menjadi begitu aktive mengcapture keadaan dan suasana disana. terngiang ngiang riuh rendah dahulu, ternampak nampak setiap kejadian dahulu, terhidu hidu bau masakan sardine dahulu....

tiada duwa dan tiada peluang lagi untuk sebegitu.



tiada lagi pagar kecil malah ditembok sepenuhnya

hostel perempuan yang sunyi

kolam memancing yang tenang


dewan dan koperasi yang kelihatan usang

Monday, February 02, 2009

janis joplin




"I'm a victim of my own insides. There was a time when I wanted to know everything. I read a lot. I guess you'd say I was pretty intellectual. It's odd, I can't remember when it changed. It used to make me very unhappy, all that feeling. I just didn't know what to do with it. But now I've learned how to make feeling work for me. I'm full of emotion and I want a release, and if you're on stage and if it's really working and you've got the audience with you, it's a oneness you feel. I'm into me, plus they're into me, and everything comes together. You're full of it. I don't know, I just want to feel as much as I can, it's what 'soul' is all about." janis joplin

Sunday, February 01, 2009

kerinduan infiniti

hey look it's teacher erin!

yes! teacher erin is here!
teacher erin..... teacher erin.....
syyyy! teacher erin.. teacher erin....
good morning teacher erin!!!




teacher erin, i have new shoes,
it's barbie and pink!
teacher erin, i went to klcc,
went to aquaria!
teacher erin, he brings toys to school!


me teacher erin, me!
teacher erin i want to answer
me teacher erin, me!
i know the answer, teacher erin!






thank you teacher erin!
bye bye teacher erin!
see you tomorrow teacher erin!
we'll be missing you teacher erin!







... and i'm missing you!
each and everyone of you ...
always always



satu majlis sebelum satu majlis

majlis sinonim merai
merai satu kejadian
kejadian menjadi agenda
agenda yang penting
yang penting diingati
mengingati tersemat abadi
abadi itu famili
famili sentiasa merai
merai satu kejadian sebelum satu kejadian



dihias cantik cantik


digubah mengikut tema


diatur disusun untuk keselesaan


sedondon seperti dijanjikan



sepakat antara dua


maka bertunanglah sang dia

simple but hit

In the town where I was bornLived a man who sailed to seaAnd he told us of his lifeIn the land of submarinesSo we sailed up to the sunTill we found the sea of greenAnd we lived beneath the wavesIn our yellow submarineWe all live in our yellow submarine, Yellow submarine, yellow submarineWe all live in our yellow submarine, Yellow submarine, yellow submarineAnd our friends are all on boardMany more of them live next doorAnd the band begins to playWe all live in our yellow submarine, Yellow submarine, yellow submarineWe all live in our yellow submarine, Yellow submarine, yellow submarineAs we live a life of easeEveryone of us has all we needSky of blue and sea of greenIn our yellow submarine.We all live in our yellow submarine, Yellow submarine, yellow submarineWe all live in our yellow submarine, Yellow submarine, yellow submarineWe all live in our yellow submarine, Yellow submarine, yellow submarineWe all live in our yellow submarine, Yellow submarine, yellow submarine