tak pernah pun dengar nama tempat ni skiranya aku tak berpeluang untuk merantau kesana. almaklumla aku tak banyak berjalan dan merantau seperti orang orang lain yang beruntung.
first day kesana tiada perasaan berkaitan tempat malahan keterujaan bertemu kawan kawan.
nasib baik ada malaysian language academy. perkenalan persahabatan terjalin disana dahulu.
maka tiada masalah langsung setibanya di tempat baru yang begitu asing lagi jauh dari kesibukan bandar bandar yang hingar dengan aktivitas harian.
maka tiada masalah langsung setibanya di tempat baru yang begitu asing lagi jauh dari kesibukan bandar bandar yang hingar dengan aktivitas harian.
lecture theatre, checked; library, checked; cafeteria, checked; dewan, checked; koperasi, checked; public telefon (ketika handfon masih terletak dibawah kategori barangan mewah), checked; clinic, checked; computer room, checked; hostel, checked!!
katil dipilih, cadar dipasang kemas, barang barang disusun rapi, disusun didalam almari. yes almari itu. masih aku ingat. ada 2 fungsi. tarik aje papan ditengah tengah bahagian almari itu, nah telah menjadi meja belajar. (sangat gemar akan almari dua dalam satu ini).
cafeteria sangat berdekatan dengan bilik aku, malahan boleh jenguk aje ikut tingkap. setiap kali mulai masak, menumis; boleh tau apa menu dihari itu. yumm yumm paling suka bila ada lauk sardine. yess yess sardine sambal itulah favourite aku.
aktivitas2 yang sihat yang mengeluarkan peluh sentiasa memenuhi masa lapang. boleh dikatakan fit jugakla keadaan fisikalku dizaman itu. tenis, squash, berkayak, berbasikal, bertreasure hunt. infact nak kemana mana mesti berjalan kaki. tapi setiap kegiatan dilakukan dengan seronok dan rela hati. tiada rasa terpaksa dan tertekan.
masih ingat bas mogah jika mau ke sungkai, bidor, slim river ataupun tanjung malim. tempat dating yang paling famous adalah bidor sebab ada kfc. sungkai n slim river bandar koboi aje. tg malim untuk naik bas ke kuala lumpur. yes! tempat dating yang canggih ialah kuala lumpur.
masih ingat bila pulang dari kuala lumpur, bas express ke teluk intan menjadi pilihan. pemandu bas pun dah tau untuk turunkan kami di tepi highway. merentas ladang kelapa sawit untuk sampai ke campus. yes ke pagar kecil di tengah. (pagar kecil yang slalu digunakan untuk keluar jika berjalan kaki). jika tiba lambat dan pagar itu telah dikunci, terpaksalah kami panjat tak kira lelaki perempuan. lucu lucu...
seberang jalan pagar kecil itu ada sebuah kedai makan yang agak pelik. tapi kami tiada pilihan kerana itulah kedai makan yang paling hampir sekiranya muak untuk bersantai di cafeteria campus. oh ya tuan kedai itu bernama so'od. apa kabar beliau tika ini i wonder???
kejadian kejadian yang terjadi semasa disana, yang suka yang duka semuanya masih utuh dalam ingatan aku. semanis berdating dengan kekasih hinggalah sepahit pemergian teman rapat. terima kasih kepada bukumuka yang gila masyhur diseluruh dunia, dapat berhubung dengan sahabat sahabat yang berkongsi susah senang di kampus yang tiada lagi wujudnya iaitu kolej yayasan pelajaran mara trolak perak.
seperginya aku ke penang taun 2008, sempat juga singgah bekas kampusku ini. telipon bimbit berkameraku menjadi begitu aktive mengcapture keadaan dan suasana disana. terngiang ngiang riuh rendah dahulu, ternampak nampak setiap kejadian dahulu, terhidu hidu bau masakan sardine dahulu....
tiada duwa dan tiada peluang lagi untuk sebegitu.
tiada lagi pagar kecil malah ditembok sepenuhnya
kolam memancing yang tenang
dewan dan koperasi yang kelihatan usang
0 kritikan:
Post a Comment