Monday, July 27, 2009

and why?

now at this moment i don't think i'm ok
now at this moment i don't feel right
now at this moment i'm not that happy
now at this moment my tears are coming out
now at this moment i can't sleep
now at this moment i am confused
now at this moment i still in denial
now at this moment i still feel the same way
feeling the same way makes me very sad
i'm sad after hearing what you've said
something i don't want to hear from you
something that really hurts me inside
it is really bothering me
i look stupid when i am like this
i hate to feel like this
it's been a long time since i felt like this again
now at this moment i don't think i want to talk to you anymore
now at this moment i feel like ignoring you
now at this moment i've decided to let you fly
and why? because i like you.... so much

Sunday, July 26, 2009

innalillah...


semakin hampir kepada bulan yang ditunggu tunggu
bulan yang mulia, bulan ibadah yang pahalanya berganda
kedengaran berita berita yang sangat mendukacita
berita pemergian orang orang yang tercinta
berita Allah lebih menyayangi hambaNya
begitulah pengakhiran perjalanan mereka
ini membuatkan saya takut sangat sangat
takut jika tiba masa saya
takut dan sedih jika tiba masa ibubapa saya
selalu memikirkannya akhir akhir ini
membuatkan saya sentiasa beringat
sentiasa berwaspada sentiasa berjaga jaga
kerana saya rasa saya tidak bersedia
tidak bersedia untuk menghadapinya


Ya Allah Ya Tuhanku panjangkanlah umur ibubapaku dan berilah ibubapaku kesempatan untuk bermenantu dan bercucu. Ya Allah kasihanilah ibubapaku sepertimana ibubapaku mengasihani aku ketika aku masih kecil dahulu. Ampunkanlah dosa dosa ibubapaku dan berkatilah hidup ibubapaku. Terimalah segala ibadah dan taubat ibubapaku juga angkatlah doa doa dan hajat ibubapaku. aku minta dan berdoa kepadamu kerana Kaulah yang maha mendengar maha memberi maha pengampun maha mengetahui. Kaulah kerajaan alam semesta. Hanya padaMU lah aku meminta dan berdoa. kepadaMulah aku bersujud dan bersembah. segala puji bagiMu Ya Allah.

Monday, July 20, 2009

you


I hate the way u talk to me and the way u cut your hair. I hate the way u drive my car, I hate it when you stare. I hate your big dumb combat boots and the way you read my mind. I hate you so much it makes me sick, it even makes me rhyme. I hate the way you're always rite, I hate it when you lie. I hate it when you make me laugh, even worse when you make me cry. I hate it when you're not around and the fact that you did't call. But mostly I hate the way I don't hate you, not even close, not even at all....10 things i hate about you

bukan superman dari the lucky laki

Aku bukanlah superman aku juga bisa nangis jika kekasih hatiku pergi meninggalkan aku Ayahku selalu berkata padaku Laki2 tak boleh nangis Harus selalu kuat harus selalu tangguh harus bisa jadi tahan banting Tapi ternyata sakitnya cinta buat aku menangis Aku bukanlah superman aku juga bisa nangis jika kekasih hatiku pergi meninggalkan aku Ayahku selalu memarahi aku Jika jatuh airmataku Kata ayah s’lalu Airmata itu Adalah tanda kelemahan Tapi ternyata airmataku Ternyata jatuh juga Ayahku tersayang Maafkanlah aku Jika aku masih menangis Masih belum bisa Menjadi seperti Apa yang ayah selalu mau Kita berjanji tuk tidak lagi Menagis karna cinta.

kesah steamboat


steamboat
apa kesahnya?
last 2 weeks saya n family terasa nak bersteamboat for dinner. so dengan tangkas pergi ke pasar borong membeli bahan bahan. semuanya enteng sebab cara makannya, masak sendiri. tak perlu nak masak dan hidang. kira self-service punya style la ni. saya memang suka makanan jenis sup sup n mee mee ni. pemakanan yang sihat pulak tu. so kena rajin sikitla dalam proses persediannya. kalau nak buat steamboat mesti nak buat diluar rumah, barulah syok barulah ada feel. ini kesah satu. kesah keduanya pula, semalam saya telah memberikan recipe sup dan sauce steamboat kepada tiga orang berasingan. aneh sekali - tiba tiba semua orang nak buat steamboat semalam. resipi saya selalunya tidaklah leceh dan susah susah. semuanya yang simple dan basik. macam orang cakaplah less is better. semua ini saya belajar dari emak saya. emak saya memang cekap dalam kerja masak memasak ni. yang seronok lagi bila mereka telipon saya dan bagitau projek steamboat mereka menjadi dan sangat berterima kasih pada saya. hmmm prasaan masa itulah yang paling best. sangat happy bila orang lain happy especially bila kita ada menyumbang dalam ke-happy-an mereka. ayuh steamboat lagi.

Sunday, July 19, 2009

boring

b.o.r.i.n.g

b

bo

bor

bori

borin

boring

b.o.r.i.n.g

demi masa


aku telah melihatnya aku telah mendengarnya tak perlu engkau kejutkan aku tidak kah kau mengerti hidupmu dalam teka teki mencari kebenaran yang sedikit tapi payah jika kau mengejar yang lain merindui kilauan emas tapi apa dengan yang mencipta demi masa manusia sentiasa dalam rugi melainkan mereka yang tahu engkau sering bermusuhan hanya tentang kebenaran sedang engkau masih keliru bagaimana pun jua engkau mesti berjalan walau harus tersesat dan luka dan berpindahlah engkau insan dalam putaran hidup ini hingga saatnya enkau bertemu dalam satu pertemuan yang sejahtera hanya mimpi kata mereka yang rugi hanya mimpi mereka tak mahu mengerti dan tak peduli bila kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi kuharap kau memahami keadaanku dan mungkin kau ingin bersamaku bersama bermimpi didalam kenyataan yang satu semakin mendalam hanya aku yang tahu perasaan hati nurani mungkin kau kan bertanya siapakah dirimu apakah destinasimu apakah ada yang lain dari pegangan mu yg ada atau mungkin perjalananmu dalam disini dan tiada lagi hanya mimpi kata mereka yg rugi hanya mimpi mereka tak mahu percaya dan tak mengerti ... solo m.nasir

Saturday, July 18, 2009

tak tau macamana


semalam kecoh dangan berita pengeboman berani mati di jakarta. hotel yang bertaraf 5 bintang dengan sekuriti yang ketat pun masih boleh dibolos oleh pihak yang tertentu. yang menjadi gangguan di kotak fikiran saya ialah si pengebom itu. saya tak tau macamana dia menjadi sebegitu berani. tak tau macamana pikiran dia berfungsi. saya pasti mereka ini punyai keluarga. tidak sayangkah mereka pada keluarga mereka? sama juga seperti pengebom pengebom berani mati di luar negara sana. bukan semua orang sanggup melakuakannya. ini bermakna mereka ini bukan calangan orang. bagaimana kepala otak mereka dicuci sehinggakan menjadi kering hati dan perasaan mereka. saya menjadi kagum juga pelik. yakinnya mereka dengan pilihan mereka, dengan tindakan mereka. apa yang telah dijanjikan sehingga mereka sanggup mati. apa yang mereka nampak dalam kehidupan yang satu lagi. sehebat hebat manusia jika berhadapan dengan mati pasti digeruni. tetapi mereka ini lain. perjuangan mereka sehingga ke tahap ini.
bagaimanalah mereka sekarang?

saya 'homesick'


Friday, July 17, 2009

ulangkaji

mengulangkaji supaya tak lupa bila tiba harinya. harinya tak lama lagi akan tiba.beria ulangkaji kerana mau beserta bersama.nanti tak seronok pula kalau semuanya tidak tahu.saya lebih suka kalau saya tahu, barulah puas.tak sabar rasanyalah. kerana tempoh hari pada saya kurang best.
harap harap yang ini tidak mendukacitakan.tapi langgam hari tu saya sangat enjoy.. impress habis.itu adalah kegemaran bok!mintak mintak dia bawak lagi langgam itu.. tak sabar.

tak berapa..... slalunya sangat

tak brapa nak aktif
tak brapa nak galak
tak brapa nak bermood
tak brapa nak bercakap
tak brapa nak mengacau
tak brapa nak rajin
tak brapa nak gembira

slalunya sangat gembira
slalunya sangat rajin
slalunya sangat mengacau
slalunya sangat bercakap
slalunya sangat bermood
slalunya sangat galak
slalunya sangat aktif




Kekasih Abadi tak mahu saya lupakan Dia
maka saya pun demam

Thursday, July 16, 2009

earth song not by MJ

nawwar oo nawwar

lauk kampung


kelihatan agak comot
tidak sempat mengambil gambar sebelumnya



rakan pejabat memancing dan peroleh duwa ekor ikan patin. besar besar ikannya. diberikan kepada saya untuk dimasak gulai tempoyak. esok tengahari makan makan lauk kampung di pejabat saya. kali ini saya kurangkan cilinya kerana takut mereka tidak tahan kepedasanya ketika makan nanti. tempoyak yang masam tiada kedekut dimasukkan. yang paling utama masakan mesti sedap. sebelum bermula acara, ada yang ke kampung baru mencari ikan masin, sambal belacan, ulam ulaman dan ayam kampung goreng. kali ini berjamu sakan kami sepejabat.
terjilat jilat jari, menari nari kepuasan. keseronokan dapat melepaskan gian untuk menjamah lauk kegemaran bersama ikan kegemaran kata beliau. saya sangat teruja melihat kepuasan dan kesungguh mereka makan. mulanya hanya menjamah langsung melahap tanda setuju dengan citarasa saya kali ini. ada yang pertama kali merasa ikan patin, terus gemar. ada yang memang tidak gemar, hanya sentuh kuah sahaja. apa pun berbaloilah si pemancing yang berpeluh peluh mendapatkan patin dua ekor itu dan berbaloi juga saya korbankan tempoyak didalam peti rumahku yang tinggi nilainya itu.


Tuesday, July 14, 2009

tiada puas mau lagi



m.a.b.u.l

nama takla sefamiliar mana. ramai yang tak tahu dan ramai yang bertanya bila disebut nama pulau ini. pada yang sudah biasa dengan aktivitas diving pasti tiada asing bagi mereka. angan angan dah lama. tempah tiket duwa bulan sebelum. sehinggakan ada yang terlupa bila mau ke sana. hari ini semuanya telah berlalu. hmmm begitu pantas dan tidak puas. setiap hari bermula hari pulang ingin ke sana lagi. rindu akan suasana disana, bau udara disana, rasa masin airnya, rasa lekit masinnya, kehidupan basik disana dan sangat rindu akan orang orang yang sangat peramah yang telah melayan baik kami kami. sangat bersyukur. nak balik mabul. kami homesick sangat sangat kini. bantu kami...........