semakin hampir kepada bulan yang ditunggu tunggu
bulan yang mulia, bulan ibadah yang pahalanya berganda
kedengaran berita berita yang sangat mendukacita
berita pemergian orang orang yang tercinta
berita Allah lebih menyayangi hambaNya
begitulah pengakhiran perjalanan mereka
ini membuatkan saya takut sangat sangat
takut jika tiba masa saya
takut dan sedih jika tiba masa ibubapa saya
selalu memikirkannya akhir akhir ini
membuatkan saya sentiasa beringat
sentiasa berwaspada sentiasa berjaga jaga
kerana saya rasa saya tidak bersedia
tidak bersedia untuk menghadapinya
Ya Allah Ya Tuhanku panjangkanlah umur ibubapaku dan berilah ibubapaku kesempatan untuk bermenantu dan bercucu. Ya Allah kasihanilah ibubapaku sepertimana ibubapaku mengasihani aku ketika aku masih kecil dahulu. Ampunkanlah dosa dosa ibubapaku dan berkatilah hidup ibubapaku. Terimalah segala ibadah dan taubat ibubapaku juga angkatlah doa doa dan hajat ibubapaku. aku minta dan berdoa kepadamu kerana Kaulah yang maha mendengar maha memberi maha pengampun maha mengetahui. Kaulah kerajaan alam semesta. Hanya padaMU lah aku meminta dan berdoa. kepadaMulah aku bersujud dan bersembah. segala puji bagiMu Ya Allah.
1 kritikan:
bersedia..! tidak pernah ada perkataan bersedia dlm kehidupan ini.. pengalaman lalu mengajarku segala-galanya.. beringatlah selalu.. semoga rintihanmu didengariNya... Insyaallah... amin
Post a Comment