kelihatan agak comot
tidak sempat mengambil gambar sebelumnya
rakan pejabat memancing dan peroleh duwa ekor ikan patin. besar besar ikannya. diberikan kepada saya untuk dimasak gulai tempoyak. esok tengahari makan makan lauk kampung di pejabat saya. kali ini saya kurangkan cilinya kerana takut mereka tidak tahan kepedasanya ketika makan nanti. tempoyak yang masam tiada kedekut dimasukkan. yang paling utama masakan mesti sedap. sebelum bermula acara, ada yang ke kampung baru mencari ikan masin, sambal belacan, ulam ulaman dan ayam kampung goreng. kali ini berjamu sakan kami sepejabat.
terjilat jilat jari, menari nari kepuasan. keseronokan dapat melepaskan gian untuk menjamah lauk kegemaran bersama ikan kegemaran kata beliau. saya sangat teruja melihat kepuasan dan kesungguh mereka makan. mulanya hanya menjamah langsung melahap tanda setuju dengan citarasa saya kali ini. ada yang pertama kali merasa ikan patin, terus gemar. ada yang memang tidak gemar, hanya sentuh kuah sahaja. apa pun berbaloilah si pemancing yang berpeluh peluh mendapatkan patin dua ekor itu dan berbaloi juga saya korbankan tempoyak didalam peti rumahku yang tinggi nilainya itu.
0 kritikan:
Post a Comment