Tuesday, November 17, 2009

petani alam maya


menjadi gilaan satu dunia yang mempunyai akaun facebook. permainan farming alaf baru yang ada di dalam fb telah menambat hati penggunanya. pagi petang sana sini itu saja ceritanya. cerita fb juga cerita farmville. farmville permainan bercucuk tanam dan menternak. mengumpul coin untuk membeli perabot ladang dan membeli rumah dan gudang. bukan setakat itu, pengguna boleh mendeco deco deco ladang mereka mengikut citarasa dan kreativity masing masing. baru tadi saya dengar cerita seorang isteri telah membebel sang suami kerana tanamannya telah mati sebelum sempat dituai. macam macam hal. ada juga yang minta akaunnya dibuka kawan, mintak tolong tuaikan tanaman. takut tak sempat, takut mati, rugi! yang paling saya tak boleh terima akal ada jugak kenalan saya yang sanggup gunakan kartu kreditnya untuk menambah duit dan voucer untuk membeli dan mengayakan ladang mereka. sedih kalau difikirkan. ada jugak manusia sebegitu ye. apa yang mereka fikirkan? apa lagi pulangan yang mereka dapat selain dari kepuasan untuk menunjuk nunjuk? mungkin itu yang mereka mau. sabar ajelah.

1 kritikan:

lullaby said...

agak agak cik mat poi becucuk tanam tak dengan datok dia?haha