Monday, June 01, 2009

penat tapi sedap


saya balik kampung di kuantan kerana menghadiri majlis perkahwinan duapupu saya. ke majlisnya sekejap sahaja. lepas perut diisi, salam salam, jenguk pengantin terus pulang. pulang ke rumah bapa saudara yang rumahnya berhampiran dengan rumah yang bermajlis tadi. beramai ramai berehat dan berborak di rumah bapa saudara. dari zohor ke asar. dari asar ke maghrib. dari maghrib ke isya'. minum petang dijamu dengan kuih muih yang menarik sehingga makan malam yang dibeli di pasar malam berhampiran. beraneka macamlah dihidangkan di atas meja. berwarna warni. sedap juga. lama tak menjamah makanan pasar malam ni. berbincang agenda dan menu untuk acara keesokannya. acara yang dipersetujui ramai dan yang sudah lama tidak diadakan iaitu berkelah di pantai. pengagihan kerja dan tugasan untuk memudahkan perjalanan acara. menu yang dibincangkan ialah : 1. bbq ayam kambing jagung - makteh dan kluarga 2. nasi lemak sambal sotong - maknjang dan kluarga 3. sandwich telur dan sardine dan buah dan air - saya dan kluarga 4. puding castard dan meehon goreng dan air - chu mona

perut kenyang, segalanya sudah diceritakan dan dibincangkan langsung kami pulang ke rumah nenek di tanjung api dan bermalam disana. lebih kurang jam 1 lebeh, mak saudara saya yang saya panggil chik sampai ke rumah nenek. chik sekeluarga dari melaka. esok paginya selepas solat subuh, kami beramai ramai terus ke dapur untuk menyediakan apa yang telah ditugaskan.

jam 8 lebeh kami bertolak ke tempat perkelahan - di pantai anak air, tanjung lumpur. kali pertama ke sana. tempatnya sangat sesuai bak private beach. sronok sakan. lepas makan terjun ke air, lepas bermain air, makan. lepas makan terjun ke air lagi. tiga kali terjun ke air. yang lagi menariknya tempat itu, tempat orang berpukat. saya dan sepupu sepupu saya ambil peluang berpukat ikan beramai ramai. seronok habis!!

rancangan untuk pulang jam 2 petang tidak menjadi apabila kami pulang lewat petang jam 6. selepas isya' baru kami bertolak pulang ke kuala lumpur. esok hari isnin pergi pejabat badan sangat penat.... tapi sedap!!!

0 kritikan: