Sunday, July 19, 2009

demi masa


aku telah melihatnya aku telah mendengarnya tak perlu engkau kejutkan aku tidak kah kau mengerti hidupmu dalam teka teki mencari kebenaran yang sedikit tapi payah jika kau mengejar yang lain merindui kilauan emas tapi apa dengan yang mencipta demi masa manusia sentiasa dalam rugi melainkan mereka yang tahu engkau sering bermusuhan hanya tentang kebenaran sedang engkau masih keliru bagaimana pun jua engkau mesti berjalan walau harus tersesat dan luka dan berpindahlah engkau insan dalam putaran hidup ini hingga saatnya enkau bertemu dalam satu pertemuan yang sejahtera hanya mimpi kata mereka yang rugi hanya mimpi mereka tak mahu mengerti dan tak peduli bila kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi kuharap kau memahami keadaanku dan mungkin kau ingin bersamaku bersama bermimpi didalam kenyataan yang satu semakin mendalam hanya aku yang tahu perasaan hati nurani mungkin kau kan bertanya siapakah dirimu apakah destinasimu apakah ada yang lain dari pegangan mu yg ada atau mungkin perjalananmu dalam disini dan tiada lagi hanya mimpi kata mereka yg rugi hanya mimpi mereka tak mahu percaya dan tak mengerti ... solo m.nasir

Saturday, July 18, 2009

tak tau macamana


semalam kecoh dangan berita pengeboman berani mati di jakarta. hotel yang bertaraf 5 bintang dengan sekuriti yang ketat pun masih boleh dibolos oleh pihak yang tertentu. yang menjadi gangguan di kotak fikiran saya ialah si pengebom itu. saya tak tau macamana dia menjadi sebegitu berani. tak tau macamana pikiran dia berfungsi. saya pasti mereka ini punyai keluarga. tidak sayangkah mereka pada keluarga mereka? sama juga seperti pengebom pengebom berani mati di luar negara sana. bukan semua orang sanggup melakuakannya. ini bermakna mereka ini bukan calangan orang. bagaimana kepala otak mereka dicuci sehinggakan menjadi kering hati dan perasaan mereka. saya menjadi kagum juga pelik. yakinnya mereka dengan pilihan mereka, dengan tindakan mereka. apa yang telah dijanjikan sehingga mereka sanggup mati. apa yang mereka nampak dalam kehidupan yang satu lagi. sehebat hebat manusia jika berhadapan dengan mati pasti digeruni. tetapi mereka ini lain. perjuangan mereka sehingga ke tahap ini.
bagaimanalah mereka sekarang?

saya 'homesick'


Friday, July 17, 2009

ulangkaji

mengulangkaji supaya tak lupa bila tiba harinya. harinya tak lama lagi akan tiba.beria ulangkaji kerana mau beserta bersama.nanti tak seronok pula kalau semuanya tidak tahu.saya lebih suka kalau saya tahu, barulah puas.tak sabar rasanyalah. kerana tempoh hari pada saya kurang best.
harap harap yang ini tidak mendukacitakan.tapi langgam hari tu saya sangat enjoy.. impress habis.itu adalah kegemaran bok!mintak mintak dia bawak lagi langgam itu.. tak sabar.

tak berapa..... slalunya sangat

tak brapa nak aktif
tak brapa nak galak
tak brapa nak bermood
tak brapa nak bercakap
tak brapa nak mengacau
tak brapa nak rajin
tak brapa nak gembira

slalunya sangat gembira
slalunya sangat rajin
slalunya sangat mengacau
slalunya sangat bercakap
slalunya sangat bermood
slalunya sangat galak
slalunya sangat aktif




Kekasih Abadi tak mahu saya lupakan Dia
maka saya pun demam

Thursday, July 16, 2009

earth song not by MJ

nawwar oo nawwar

lauk kampung


kelihatan agak comot
tidak sempat mengambil gambar sebelumnya



rakan pejabat memancing dan peroleh duwa ekor ikan patin. besar besar ikannya. diberikan kepada saya untuk dimasak gulai tempoyak. esok tengahari makan makan lauk kampung di pejabat saya. kali ini saya kurangkan cilinya kerana takut mereka tidak tahan kepedasanya ketika makan nanti. tempoyak yang masam tiada kedekut dimasukkan. yang paling utama masakan mesti sedap. sebelum bermula acara, ada yang ke kampung baru mencari ikan masin, sambal belacan, ulam ulaman dan ayam kampung goreng. kali ini berjamu sakan kami sepejabat.
terjilat jilat jari, menari nari kepuasan. keseronokan dapat melepaskan gian untuk menjamah lauk kegemaran bersama ikan kegemaran kata beliau. saya sangat teruja melihat kepuasan dan kesungguh mereka makan. mulanya hanya menjamah langsung melahap tanda setuju dengan citarasa saya kali ini. ada yang pertama kali merasa ikan patin, terus gemar. ada yang memang tidak gemar, hanya sentuh kuah sahaja. apa pun berbaloilah si pemancing yang berpeluh peluh mendapatkan patin dua ekor itu dan berbaloi juga saya korbankan tempoyak didalam peti rumahku yang tinggi nilainya itu.