semalam rindu nak dengar satu lagu ni dari rod stewart. seperti biasa, muat turun aje secara illegal. dah dapat dengar lagu itu, rindu pulak dengan suaranya yang medium husky itu. so saya download lebih banyak lagu lagu abang rod. bila dengar tu, teringat semasa duduk di rumah sri gombak, dalam bilik loteng saya tu. dulu dibilik loteng saya tu setiap hari berkumandang lagu lagu abang rod. rasa sangat sexy dan rasa sangat bercinta bila dengar lagu lagu abang rod. saya sangat suka. hmmmm yeap masih rasa sexy dan masih rasa sangat bercinta mendengar lagu lagu abang rod. dari kecil kenal abang rod. kenal dari bapak bapak saudara saya. mereka sangat menggemar musik dan meminati abang rod. saya masih ingat potrait elvis presley yang besar digantung didinding area telipon di rumah wan saya. memang sangat klasik. tapi sekarang tiada lagi. mmm i wonder mana pegi potrait tu eh?
Wednesday, August 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kritikan:
Post a Comment