bok yang hensem bila tua
kalau cerita pasal bok memang tak habis. iyelah saya kan anak kesayangan bok... semua orang tahu!!! sayang bok.....
sekarang masa makan tengahari. semua kawan kawan pejabat keluar untuk muntahkedarah. nak pergi johnny's dengarnye tadi. kanpa saya tak ikut? ahhhh malasla dengan keadaan yang batuk kof kof ini. malas nak sedut udara dengan orang orang yang macam macam. mana tau diorang ada penyakit babi itu. saya tak sanggup. rela duduk di pejabat buat buat bekerja. melayan facebook, update sana update sini. borak borak menggunakan ym. kategori kerja jugak kan? oh adik saya telah kembali dengan santapan tengahari saya. meehoon sup sapa sapa? saya gemar meehoon sup dari kedai ini. meehoon supnya ialah meehoon sup bodo. tak ada apa apa yang menarik. sangat sesuai untuk tekak yang tak berapa nak selesa. sebelum menjamah, masukkan sedikit sos tomato supaya rasa masam masam sedikit. tak perlu banyak ramuan. bodo bodo begini saya gemar. selesai makan rasa perut tidak penuh. mencari cari di almari pantri. saya jumpa makanan tak senonoh seperti double decker. saya makan satu bungkus. habis satu bungkus, tekak rasa hendak lagi. dibuka almari pantri satu kali lagi. ternampak mamee perisa ayam. dibuka dan dimakan. tak sedap mana pun. bukan kegemaran tapi mengikut nafsu la ni. ishhh menyesal pulak rasanya. mesti bertaubat cepat sebelum terlambat. oh sebut bertaubat mata terus ke arah jam digital di muka skrin laptop. menunjukkan sudah jam 2:07 p.m. waduh waduh zohore telah separuh masa berlalu. saya tak solat lagi. ok ok jam 2:30 p.m saya akan bersolat. tunggu reda perut dan tekak ni dulu. hmmm lagu yang sedang berkumandang dalam playlist saya sekarang ini ialah lagu i need a hero nyanyian bonnie tylor. hmmmm by the time saya habis type ni, lagunya pun tamat. sekarang pula lagu lama dari indonesia bertajuk aryati nyanyian frank ferrari. ye betul saya suka dengar lagu lama lama, lagu evergreen yang sangat soothin' telinga saya bila mendengarnya. kerana itulah radio klasik nasional menjadi pilihan saya bila memandu pulang dari pejabat. bersama bok menjadi lebih menarik mendengar stesen radio itu. macam macam cerita dari bok. semuanya bermula dengan ungkapan, 'masa bok kecik kecik dulu......'. saya rasa sangat cute bila bok mula cerita dengan ungkapan itu. ye ye saya panggil ayah saya bok. kenapa? pelik ke? ramai yang tanya kenapa panggil bok. teringat zaman sekolah rendah. waktu itu dalam darjah satu. kawan kawan tanya sesama sendiri apakah gelaran emak dan ayah. bila tiba giliran saya, saya sangat malu untuk bagitau yang saya panggil bok. saya menipu dan bagitau yang saya panggil ayah saya ayah. ketika itu saya rasa malu untuk mewarwarkan bahwa saya memanggil ayah saya bok. tapi bila dah besar dan dewasa saya rasa sangat bangga kerana panggilan bok itu sangat unik dan tak ramai yg pernah dengar. kalau nak tahu bok itu adalah ayah. hanya orang pantai timur yang tau.
tapi ramai kawan saya ingat saya panggil bok saya dengan gelkaran bob. mereka cakap saya sangat cool sebab panggil bok saya macam panggil kawan kawan. hahaha nak tergelak pun ade.kalau cerita pasal bok memang tak habis. iyelah saya kan anak kesayangan bok... semua orang tahu!!! sayang bok.....
1 kritikan:
ye memang erin nie anak kesayang bok..! kan bok..? hehehe erin..erin...erin.. (mcm bok panggil)
;D
Post a Comment