rindunya saya
rindunya saya pada suasananya
rindunya saya pada bau, bunyi dan permandangannya
hati saya tertinggal di sana melekat di sana
jasad saya di sini terpaksa pulang sini - realiti
malasnya saya nak menjalani kehidupan sebenar
ikut hati masih tidak mahu kembali
masih mau berada disana menikmati kenikmatan yang ada
merebut peluang dan tidak mahu tersia setiap saat yang ada
saya balik bukan sebab saya tak suka
saya balik sebab saya terpaksa
bukan saya suka suka nak tinggalkannya
tak sampai hati nak tinggal begitu sahaja
kalau boleh nak di sana selama lamanya
hati tenang hati gembira hati sayu bila di sana
perasaan yang tiada tanding yang tiada lawan
aman tenteram di dalam
murahkan rezeki untuk saya ke sana lagi
tempat haram yang paling suci di muka bumi
Wednesday, April 29, 2009
saya di sini hati saya di sana
bebelan eghin jam 11:29:00 AM 2 kritikan
Tuesday, April 28, 2009
sesungguhnya
sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir
tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga
sesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautan
sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitMu
namun cinta takkan hadir namun rindu tak akan berbunga
ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMu
tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri
ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kausar
jika tidak mengharap rahmatmu jika tidak menagih simpati
padaMu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepada ku
Tuhan kurniakanlah rindu ku kepadaMu
moga ku tahu syukur ku adalah milikMu
bebelan eghin jam 7:29:00 AM 0 kritikan
Monday, April 27, 2009
hambamu datang menyahut panggilanmu
LABAIKALLAH HUMMALABAIK LABAIKALA SYARIKALAKALA BAIK
INNALHAMDA WANI'KMATA LAKAWALMULK LAASYARIKALAH
bebelan eghin jam 2:17:00 PM 0 kritikan
Friday, April 10, 2009
sayu
hari ini hati rasa sayu sesayu sayunya.
tak tahu kenapa.
mungkin sebab nak pergi ke tempat suci.
terdengar dengar ternampak nampak terbau bau suasana di sana.
bagaikan memanggil manggil.
makin dekat ketibaan hari berangkat makin terasa sayunya.
2 minggu meninggalkan duniawi tinggal kerja tinggal kawan tinggal saudara mara tinggal harta. moga perjalanan diberkati dan diredhai.
pulang kelak harus dikekalkan sepertimana saya kekal menjaga segala tuntutanNya.
Insyaalah.
permudahkan buat saya, bersertalah dengan saya dan kau jangan mengganggu saya.
cari orang lain tapi jangan saya.
nyah kau nyah kau.
saya benci kau!
terlalu menurut kata kau selama ini.
begitu enak dan selesa dalam kelalaian.
saya bencilah pada kau.
kau sangat jahat.
saya akan melawan kau dengan pertolongan yang lebih berkuasa.
kau tiada kuasa ke atas saya.
kau pun sebenarnya tak sekuat mana pun.
saya bersujud kepada yang satu.
tak tahu kenapa.
mungkin sebab nak pergi ke tempat suci.
terdengar dengar ternampak nampak terbau bau suasana di sana.
bagaikan memanggil manggil.
makin dekat ketibaan hari berangkat makin terasa sayunya.
2 minggu meninggalkan duniawi tinggal kerja tinggal kawan tinggal saudara mara tinggal harta. moga perjalanan diberkati dan diredhai.
pulang kelak harus dikekalkan sepertimana saya kekal menjaga segala tuntutanNya.
Insyaalah.
permudahkan buat saya, bersertalah dengan saya dan kau jangan mengganggu saya.
cari orang lain tapi jangan saya.
nyah kau nyah kau.
saya benci kau!
terlalu menurut kata kau selama ini.
begitu enak dan selesa dalam kelalaian.
saya bencilah pada kau.
kau sangat jahat.
saya akan melawan kau dengan pertolongan yang lebih berkuasa.
kau tiada kuasa ke atas saya.
kau pun sebenarnya tak sekuat mana pun.
saya bersujud kepada yang satu.
bebelan eghin jam 9:05:00 PM 0 kritikan
nasi mandi
sedapnye terliur bila ada yang menyebutnya. baru sebut dah terliur? ye ye memang boleh terliur. lebih lebih lagi di jalan damai. kegemaran saya itu. ayamnya lembut nasinya sedap. minggu ini 3 kali saya pekena nasi mandi. tak boleh tahanlah. susu masam dan juga sauce tomato seperti salsa itu membuatkan saya kembali lagi ke sana. tak perlu banyak perkara. nasi mandi, ayam mandi, susu masam dan sauce tomato bak salsa pun sudah mencukupi. seperti biasa saya bukanlah suka makan nasi berkuah kuah sangat. kering keringlah kegemaran saya. hidangannya besar dan banyak. boleh berkongsi duwa orang satu pinggan bagi yang makan tak banyak.
dalam sepinggan, setengah ekor ayam dan nasi yang banyak sekali. sebab itu jika plan nak pekena nasi mandi, biarkan perut lapar lapar. barulah dapat menikmati ke tahap maksimum. ye ye sebab itu saya selalunya boleh habiskan sepinggan dan tak perlu berkongsi dengan sesiapa. memang dasar kuat makan dan pandai makan juga gemar makan. hantu makanlah ni. cukup sebulan berulang ke kedai pak arab ni, memang jadi tong drum la saya. oh tidak, sifat begini harus di buang, harus di lawan sekeras kerasnya. kuatkan semangat saya... amiiiiin.
bebelan eghin jam 8:47:00 PM 0 kritikan
Wednesday, April 08, 2009
nasib baik sakit
hari ini sepatutnya saya tak pergi kerja. ada temujanji dengan dokter di ampang putri. hari ini sangat sibuk kerana ada mesyuarat di pejabat client di sri petaling. plannya nak ke hospital selepas mesyuarat itu. pakaian ke pejabat hari ini lebih elok dari hari biasa, almaklumlah nak berjumpa client lah katakan. tiba dipejabatnya awal setengah jam. telefon yang berkenaan rupanya dia tiada di pejabat dan minta ditangguhkan mesyuarat esok. buang masa saya sahaja kata saya dalam hati. lepas makan nasi mandy pulang terus ke pejabat saya di jalan tun razak. kemas kemas barang langsung ke ampang putri untuk bertemu dokter. setiba sana dapat lihat ramainya yang menunggu giliran. saya yang ke lapan. itu bukan masalah. masalahnya dokter tiada dibiliknya. dokter sedang bertugas untuk melahirkan bayi. nasib baik ada bapa saudara yang warded. saya menunggu dan melepak di bilik bapa saudara saya. tiadalah bosan kerana ada ibu suadara spupu dan saudara mara di dalam bilik itu. tunggu sahaja nurse telefon bila tiba giliran saya. selepas 4 jam menunggu barulah tiba giliran saya. nasib baik ada bapa saudara saya yang kurang sihat . kalau tidak kebosananlah saya menunggu untuk berjumpa dokter.sebelum pulang dapat tahu bapa saudara pun boleh pulang juga. kami beramai ramai makan malam bersama di damai makan nasi mandy lagi sekali. best!!
bebelan eghin jam 11:47:00 PM 0 kritikan
Subscribe to:
Posts (Atom)
