sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir
tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga
sesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautan
sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitMu
namun cinta takkan hadir namun rindu tak akan berbunga
ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMu
tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri
ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kausar
jika tidak mengharap rahmatmu jika tidak menagih simpati
padaMu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepada ku
Tuhan kurniakanlah rindu ku kepadaMu
moga ku tahu syukur ku adalah milikMu
0 kritikan:
Post a Comment