hari ini sepatutnya saya tak pergi kerja. ada temujanji dengan dokter di ampang putri. hari ini sangat sibuk kerana ada mesyuarat di pejabat client di sri petaling. plannya nak ke hospital selepas mesyuarat itu. pakaian ke pejabat hari ini lebih elok dari hari biasa, almaklumlah nak berjumpa client lah katakan. tiba dipejabatnya awal setengah jam. telefon yang berkenaan rupanya dia tiada di pejabat dan minta ditangguhkan mesyuarat esok. buang masa saya sahaja kata saya dalam hati. lepas makan nasi mandy pulang terus ke pejabat saya di jalan tun razak. kemas kemas barang langsung ke ampang putri untuk bertemu dokter. setiba sana dapat lihat ramainya yang menunggu giliran. saya yang ke lapan. itu bukan masalah. masalahnya dokter tiada dibiliknya. dokter sedang bertugas untuk melahirkan bayi. nasib baik ada bapa saudara yang warded. saya menunggu dan melepak di bilik bapa saudara saya. tiadalah bosan kerana ada ibu suadara spupu dan saudara mara di dalam bilik itu. tunggu sahaja nurse telefon bila tiba giliran saya. selepas 4 jam menunggu barulah tiba giliran saya. nasib baik ada bapa saudara saya yang kurang sihat . kalau tidak kebosananlah saya menunggu untuk berjumpa dokter.sebelum pulang dapat tahu bapa saudara pun boleh pulang juga. kami beramai ramai makan malam bersama di damai makan nasi mandy lagi sekali. best!!
Wednesday, April 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kritikan:
Post a Comment