Monday, April 06, 2009

menanggung derita

darah mengalir

air mengalir


pernah sekali dulu begini juga
tapi kali ini lain sikit
mungkin sebab lagi teruk kondisinya
kalau dulu bacaan kurang 4 mata
kali ini lebih teruk memeranjatkan
bacaan kurang lebih separuh
bacaan manusia normal duabelas
mulanya saya fikirkan stress
mulanya saya ingatkan tekanan
rupanya sangat meleset
perasaan badan tiada serupa dulu
jantung berdegup kencang
kencang seperti lumba lari
padahal baru melangkah 3 tapak
ke tanah tinggi sebelum soheh berita
nak berlibur berhibur
cuba sekeras kerasnya untuk berseronok
bersama keluarga keluarga terkasih
parah semakin parah bila kalah
walhal hanya indoor rides
yang dikatakan ride ride bodoh
rahmat Allah menyelamatkan saya
jika tidak saya tak tau apa terjadi pada saya
pulang bekerja saya mengalah di tengahari
tiada alasan kerana sangat serius
semua memaksa dan mendesak
ambik kau! 3 pek hak orang menjadi milik saya
hak orang menyelamatkan saya
terima kasih pada orang orang itu semua
dua malam berumah di rumah sakit
saudara mara sahabat handai yang tahu
semuanya hadir melawat
ramai sungguh buatkan saya sangat gumbira
saya sangat terharu dan berterima kasih
bersusah payah untuk menghadirkan diri
bok kata semua orang sayangkan saya
saya rasa bertuah sangat sangat
saya sayang pada semua semua juge



0 kritikan: