Monday, May 04, 2009

anak dare lagi

setiap hari ketika berjumpa dia bertanya tentang kesah dia. dia mahu kesah dia dipaparkan lagi di sini. dia mau saya karangkan kesah dia di sini. dia mahu membacanya. dia suka dia gemar saya menulis kesah dia. ini kesah anak dare lagi. bila bersama geng geng dia, riuh sekampung sudah tidak kesah apa yang berlaku di sekeliling mereka. ada saje yang hendak diceritakan. ada saje yang menjadi bahan kongsi. dari jauh boleh dengar suara mereka bercerita.saya bertemu anak dare baru baru ini. berpakaian sama warna sama corak. kelihatan sangat manis. memang kalau dilihat terpancar keanak daraan mereka mereka ini. berpakai elok kerana menjadi dayang dayang di majlis persandingan ibu saudara. tugasan digalas dengan girang dan semangat kerana bersama geng gengnye. apa pun tugas diberi mereka gembira melakukanya bersama. mengangkat hantaran, menyambut pengantin juga memberi cenderahati pada tetamu yang hadir adalah tugas mereka. boleh dipuji kerajinan mereka - 2 thumbs up!!
......teringat semasa zaman saya dulu dulu

1 kritikan:

Anonymous said...

si penulis pon stil anak dare yang manis..