benyamin sueb - samson betawi
cerita komedi berasal dari indonesia ini adalah filem menjadi kegemaran saya dan adik bradik masa kecil kecil dulu selain daripada filem filem p.ramlee. rentaknya sama kerana telah menghafal muzik alunan lagu dan lentuk liuk dialogue yang di gunakan dalam filem filem ini. dulu dulu tonton cerita samson pakai video tape; warna hitam besar aje. kalau mau menonton mesti di rewind dulu. masih ingat video player zaman itu. kira paling canggih lah. sekarang ini sering teringat akan filem ini. setiap kali ke indonesia, saya akan mencari filem yang banyak sentimental valuenya ini. setiap kali bertanya pasti jawapanya hampa. sudah tidak ada lagi kata mereka. cerita tahun 1975 itu sangat famous tapi tidak di keluarkan lagi. hampa betul. tergerak hati untuk mencarinya di internet. maka dengan usaha yang tidak pernah mual, terjumpalah saya di youtube. walaupun mengambil masa yang lama untuk load, saya sangat sabar. sehinggakan ada 12 part. saya nantikan satu part ke satu part sehingga 12 part. semata mata mau menonton filem yang telah lama di rindui. di rindui semua adik bradik saya.
bagus sangat kah filem ini? pada saya filem ini banyak mengingatkan saya zaman mentah saya dan adik bradik. zaman tiada banyak berkawan, hanya bersama adik bradik. sinopsis filem adalah seperti berikut (di cut and paste) : Sebuah pilem komedi yg menceritakan kisah seorang putra betawi yg memiliki kekuatan luar biasa sejak kecil, bernama Samson.
Para Pemain:
Benyamin Sueb : Samson
A Hamid Arief : Pak Hamid (bpk Samson)
Mak Wok : Ibu Samson
Eddy Gombloh : Mas Sastro
Yatni Ardi : Siti Duile
Mansyur Syah : Sutan Malenggang Di Langit
Stradara: Nawi Ismail
Produksi: 1975
Samson lahir setelah 13 bulan dalam kandungan ibunya (Mak Wok). Sebelum lahir, ia diramal Mas Sastro (Eddy Gombloh) bahwa anak pak Hamid (A Hamid Arief) ini akan memiliki kekuatan besar dan bila bulu ketiaknya dicukur, kekuatannya akan hilang.Pak Hamid banyak dibuat pusing karena ulah Samson setelah lahir. Ia sering berkelahi sehingga para orang tua lawan berkelahinya sering minta ganti rugi kepada pak Hamid. Akhirnya keluarga Hamid jatuh miskin hingga akhirnya pada 17 tahun kemudian Samson bertekad ke kota untuk mencari pekerjaan.Di kota ia bertemu Siti Duile (Yatni Ardi) secara tidak sengaja yang hampir ditabrak mobil. Samson menolong Duile dan mereka berkenalan. Secara diam-diam Sutan Malenggang Di Langit (Mansyur Syah), seorang promotor, juga melihat kejadian itu, dan akhirnya mengajak Samson berpartner dalam mengadakan pertunjukan yang menampilkan Samson sebagai orang kuat dan pertandingan gulat. Kerja sama pun dijalin. Samson selalu berhasil dalam pertandingan gulat hingga popularitas Samson mencapai puncaknya. Sementara itu Samson menjalin hubungan erat dengan Duile.Tidak disangka, lawan gulat Samson berikutnya adalah kakak Duile. Duile diutus kakaknya untuk mengorek rahasia kekuatan Samson. Setelah dirayu, Samson menceritakan rahasia kekuatannya pada Duile, dan pada saat Samson tertidur, Duile tidak menyia-nyiakan kesempatan itu untuk mencukur habis bulu ketiak Samson.Pada saat pertandingan, Samson tidak berkutik dalam melawan kakak Duile dan akhirnya kalah.Film ini juga seperti biasa dihiasi lagu2 benyamin sueb, antara lain Siti Duile yg videonya bisa diputer di bagian Movies.Secara keseluruhan pilem ini cukup bagus & menarik dimana mampu berperan secara natural sebagai samson lokal.
0 kritikan:
Post a Comment