penatnya saya hari ini.
aktivitas penuh sehari harian.
setelah sihat dari tidak sihat saya pergi mengerjakan umrah.
2 minggu meninggalkan segalanya - sungguh tenang sungguh aman.
pulang ke tanahair, jetlag yang sangat dahsyat.
hari rabu masuk pejabat tapi kepala melayang.
kerja satu pun tak sentuh walhal banyak yang hendak dilihat.
kawan kawan sangat faham dan tidak mengganggu.
hari khamis pula tidak tersedar. kerana malamnya tidak dapat tidor.
sadar sadar jam sudah setengah hari.
lantas telipon pejabat mengatakan saya tidak dapat ke pejabat.
tak menjadi masalah kerana tiada kerja yang urgent.
malamnya selepas maghrib bertolak ke kuantan - majlis perkahwinan ibu saudara.
dalam perjalanan singgah ke cheras mengambil baju pengantin,
singgah ampang mengambil sireh dan singgah gombak mengambil kek.
jalan macetnye bukan kepalang - jam 2 pagi baru tiba di rumah nenek.
sibuknya tak berhenti. acara dari hari jumaat hingga ahad penuh betul.
hari ahad, selepas maghrib bertolak pulang ke kuala lumpur.
pagi tadi terasa kahat badan tapi terpaksa bersiap ke pejabat juga.
menguap nguap, blur blur, weng weng kepala pun datang juugak pejabat buat kerja.
adoiiii
2 kritikan:
Mak Eyin,..
KAHAT KE KOHOIT.....
kohoit org pahang barat... kahat org pahang timur...hihihiih
Post a Comment